Wednesday, 1 May 2013

ANTROPOMETRIK



Assalamualaikum semua....lama CIKGU FIERA tak bersua. sorry kawan-kawan, bz skit semenjak dua menjak ni...tapi jangan risau CIKGU FIERA kembali untuk berkongsi ilmu lagi... (^_^)

Tajuk kita hari ini----> ANTROPOMETRIK




1) Adalah Ciri-ciri geometri manusia seperti berat, ketinggian, jangkauan, lilitan dan di kalangan penduduk yang berbeza (lelaki vs wanita, Utara Eropah vs Jepun)dan sebagainya. 

2) Merupakan himpunan ukuran dimensi fizikalkeupayaan dan batasan tubuh badan manusiatermasuklah kekuatan sistem rangka otot    manusia dalam pelbagai   keadaan dan tatarajah.

3) Data ini biasanya disusun dalam bentuk jadual untuk memudahkan kita memperoleh julat setiap dimensi atau kekuatan, dengan nilai sisihan piawai dan persentil utama setiap set data.

4) Dalam kebanyakan jadual, suatu julat diberikan, ini diikuti oleh sisihan piawai, persentil pertama, persentil ke-5, persentil ke-50, persentil ke-95 dan persentil ke-99.

5) Persentil :peratus orang yang berada di bawah angka yang diberikan.

contoh
6) Contohnya, untuk persentil ke-5, 5% orang yang diukur mempunyai dimensi atau kekuatan di bawah angka yang diberikan.

7) Bagi persentil 50 memberikan nilai di mana 50% individu yang diukur mempunyai dimensi atau kekuatan di bawah atau di atas nilai angka yang diberikan. Oleh itu, persentil 50 merupakan median bagi nilai terukur.

8)PENTING:  Nilai median tidak sama dengan dengan nilai purata.....kerana jika taburan normal berbentuk loceng, nilai purata dan median adalah sama, jika tidak memiliki taburan berbentuk loceng, nilai purata,median dan mod adalah berbeza. 


Contohnya





kita mahu menentukan merekabentuk suatu produk seperti Meja study yang akan digunakan oleh pelbagai pengguna tanpa dilaraskan. Meja belajar tersebut perlu direkabentuk supaya boleh digunakan oleh pengguna yang pelbagai ketinggian, jantina dan bangsa. 

Untuk situasi ini, kita perlu
merekabentuk satu meja makan berdasarkan ketinggian purata (antara persentil ke-50 atau purata). Ukuran ini menjadikan pengguna yang berada pada julat pertengahan lebih selesa, dan hanya sedikit pengguna yang berada di julat yang ekstrem merasa tidak selesa.






ok...semua dah faham untuk topik kita hari ini??...jadi,bukan senang kita nak design produk yang melibatkan ramai pengguna. Banyak faktor yang kita perlu ambil kira bagi mengelakkan masalah yang bakal timbul nanti.contohnya kecederaan.oleh itu,cukup untuk kali ini,,,,panjang umur kita jumpa lagi.....ASSALAMUALAIKUM,,,,



sumbangan:






No comments:

Post a Comment