Assalammualaikum semua..hari ni CIKGU FIERA nk teruskan kelas kita dengan topik WARNA...
i love red and pink!!!....hehe,,itu CIKGU FIERA la..tp setiap orang ada warna favourite masing-masing dan pandangan kita kadangkala berbeza mengenai warna. contohnya kan....x semua orang suka warna merah dan begitu juga sebaliknya bagi warna-warna lain. pemilihan sesuatu jenis warna itu boleh menunjukkan ciri-ciri seseorang itu...benarkah????....
choose your favourite colourrrrr,,,,,,,love pink!
*warna yang sesuai dipakai setiap hari*
Warna-warna asas...
- merupakan warna-warna yang paling hebat kuasanya. Ia merupakan warna yang utama dalam pembentukan warna-warna yang lebih pelbagai. Warna asas juga dikenali sebagai warna primer.
Ton Warna ----(@
Disebabkan oleh kesan pancaran terang atau gelap sesuatu warna. Ia dihasilkan melalui campuran warna asal dengan putih atau hitam mengikut kadar tertentu. Warna lebih terang jika dicampurkan dengan warna putih. Warna menjadi gelap apabila dicampurkan dengan warna hitam . Ton warna merupakan jenis warna yang berguna untuk mencipta ruang dan bentuk tiga dimensi dalam seni tampak.
Sewarna
Adalah kesan gubahan satu warna dalam beberapa ton. Ia juga dikenali sebagai warna monokrom . Nilai warna lebih rendah jika dicampurkan dengan lebih warna putih. Nilai warna akan terus meningkat jika dicampurkan dengan warna hitam. antara kelebihan sewarna atau warna monokrom ini ialah:
- Dapat menimbulkan suasana yang harmoni dan selesa
- Boleh menimbulkan gambaran ruang dan perspektif
- Sesuai untuk ciptaan tekstil, hiasan dalaman, ubin, perabot dan sebagainya.