Saturday, 9 March 2013

Lots of Colourrrrrr....!!!





Assalammualaikum semua..hari ni CIKGU FIERA nk teruskan kelas kita dengan topik WARNA...







i love red and pink!!!....hehe,,itu CIKGU FIERA la..tp setiap orang ada warna favourite masing-masing dan  pandangan kita kadangkala berbeza mengenai warna. contohnya kan....x semua orang suka warna merah dan begitu juga sebaliknya bagi warna-warna lain.  pemilihan sesuatu jenis warna itu boleh menunjukkan ciri-ciri seseorang itu...benarkah????....















choose your favourite colourrrrr,,,,,,,love pink!


*warna yang sesuai dipakai setiap hari*


Hari Isnin - merah atau warna2 yang terang (membuatkan kita lebih semangat)

Hari Selasa - kuning (membuatkan kita lebih yakin)

Hari Rabu - coklat atau kelabu (melambangkan kebijakan dan kecerdasan)

Hari Khamis - biru atau ungu (melambangkan hari yang penuh kasih sayang)

Hari Jumaat - putih atau hijau (melambangkan kesucian hati dan ketenangan diri)

Warna-warna asas...

  •  merupakan warna-warna yang paling hebat kuasanya. Ia merupakan warna yang utama dalam pembentukan warna-warna yang lebih pelbagai. Warna asas juga dikenali sebagai warna primer

Ton Warna ----(@





Disebabkan oleh kesan pancaran terang atau gelap sesuatu warna. Ia dihasilkan melalui campuran warna asal dengan putih atau hitam mengikut kadar tertentu. Warna lebih terang jika dicampurkan dengan warna putih. Warna menjadi gelap apabila dicampurkan dengan warna hitam . Ton warna merupakan jenis warna yang berguna untuk mencipta ruang dan bentuk tiga dimensi dalam seni tampak.



Sewarna

 Adalah kesan gubahan satu warna dalam beberapa ton. Ia juga dikenali sebagai warna monokrom . Nilai warna lebih rendah jika dicampurkan dengan lebih warna putih. Nilai warna akan terus meningkat jika dicampurkan dengan warna hitam. antara kelebihan sewarna atau warna monokrom ini ialah:
  • Dapat menimbulkan suasana yang harmoni dan selesa
  • Boleh menimbulkan gambaran ruang dan perspektif
  • Sesuai untuk ciptaan tekstil, hiasan dalaman, ubin, perabot dan sebagainya.









itu sahaja dari cikgu fiera...jumpa lagi...assalamualaikum...







No comments:

Post a Comment