Assalamualaikum semua,...Topik CIKGU FIERA hari ini adalah prinsip rekabentuk,,,apa itu rekabentuk???,,,jom kita sama2 belajar...
Sebagai usaha pereka untuk mengekspresikan dirinya dan menghasilkan sesuatu yang bermakna daripada bahan yang digunakan, mereka menyedari bahawa bahawa melalui proses keseimbangan, pergerakan, perspektif, harmoni dan kesatuan terhadap elemen-elemen reka bentuk, satu hasil kerja yang menarik dan bermutu mampu dihasilkan. Proses inilah dikenali sebagai prinsip rekabentuk.
Prinsip reka bentuk adalah konsep untuk menyusun maklumat visual. Ia merupakan satu gambaran tentang bagaimana kita mengamati dan memproses maklumat visual serta merupakan idea bagi menghasilkan imej dua dimensi. Prinsip reka bentuk akan membantu kita membuat keputusan tentang bagaimana untuk menggunakan elemen2 reka bentuk.
**keseimbangan**
kesamaan dan berpadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan perhatian yang terdapat dalam suatu susunan unsur-unsur seni. Imbangan merujuk kepada pembahagian yang bersebelahan atau berpadanan sama ada di sebelah kiri dan kanan atau atas dan bawah.
**perspektif**
Gambaran/imiginasi awal dalam bentuk manual/komputer untuk mnjelaskan sesuatu idea,konsep sesuatu rekabentuk sebelum sesuatu benda itu terhasil.
**harmoni**
Sesuatu rekaan seni visual yang melibatkan susunan atau ulangan unsur-unsur seni visual mengikut cara dan prinsip yang tersusun dan menimbulkan kesan yang menarik. Dalam konteks seni, ulangan garisan, rupa, bentuk, jalinan dan ruang dalam gaya dan arah yang tertentu atau berpandukan garisan grid akan menghasilkan gubahan yang harmoni. Aplikasi prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan gambaran yang sempurna, teratur, seragam dan selesa pandangan mata.
**kesatuan/paduan**
kesemua unsur-unsur di dalamnya mempunyai satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh. Penggunaan unsur seni, tema serta rekaan yang baik dapat mewujudkan kesatuan pada sesuatu gubahan seni visual. Mengaplikasikan prinsip kesatuan dalam karya seni akan menjadikan hasil itu kelihatan lebih lengkap, teratur dan sempurna di mana ia menimbulkan kesan yang sepadu dan memberi impak dari segi kekuatan karya.
http://zact73.blogspot.com/2011/11/prinsip-prinsip-reka-bentuk-grafik.html
itu sahaja untuk kali ini,,,akan datang kita berkongsi idea lagi,,,assalamualaikum,,,,
No comments:
Post a Comment