Wednesday, 1 May 2013

ANTROPOMETRIK



Assalamualaikum semua....lama CIKGU FIERA tak bersua. sorry kawan-kawan, bz skit semenjak dua menjak ni...tapi jangan risau CIKGU FIERA kembali untuk berkongsi ilmu lagi... (^_^)

Tajuk kita hari ini----> ANTROPOMETRIK




1) Adalah Ciri-ciri geometri manusia seperti berat, ketinggian, jangkauan, lilitan dan di kalangan penduduk yang berbeza (lelaki vs wanita, Utara Eropah vs Jepun)dan sebagainya. 

2) Merupakan himpunan ukuran dimensi fizikalkeupayaan dan batasan tubuh badan manusiatermasuklah kekuatan sistem rangka otot    manusia dalam pelbagai   keadaan dan tatarajah.

3) Data ini biasanya disusun dalam bentuk jadual untuk memudahkan kita memperoleh julat setiap dimensi atau kekuatan, dengan nilai sisihan piawai dan persentil utama setiap set data.

4) Dalam kebanyakan jadual, suatu julat diberikan, ini diikuti oleh sisihan piawai, persentil pertama, persentil ke-5, persentil ke-50, persentil ke-95 dan persentil ke-99.

5) Persentil :peratus orang yang berada di bawah angka yang diberikan.

contoh
6) Contohnya, untuk persentil ke-5, 5% orang yang diukur mempunyai dimensi atau kekuatan di bawah angka yang diberikan.

7) Bagi persentil 50 memberikan nilai di mana 50% individu yang diukur mempunyai dimensi atau kekuatan di bawah atau di atas nilai angka yang diberikan. Oleh itu, persentil 50 merupakan median bagi nilai terukur.

8)PENTING:  Nilai median tidak sama dengan dengan nilai purata.....kerana jika taburan normal berbentuk loceng, nilai purata dan median adalah sama, jika tidak memiliki taburan berbentuk loceng, nilai purata,median dan mod adalah berbeza. 


Contohnya





kita mahu menentukan merekabentuk suatu produk seperti Meja study yang akan digunakan oleh pelbagai pengguna tanpa dilaraskan. Meja belajar tersebut perlu direkabentuk supaya boleh digunakan oleh pengguna yang pelbagai ketinggian, jantina dan bangsa. 

Untuk situasi ini, kita perlu
merekabentuk satu meja makan berdasarkan ketinggian purata (antara persentil ke-50 atau purata). Ukuran ini menjadikan pengguna yang berada pada julat pertengahan lebih selesa, dan hanya sedikit pengguna yang berada di julat yang ekstrem merasa tidak selesa.






ok...semua dah faham untuk topik kita hari ini??...jadi,bukan senang kita nak design produk yang melibatkan ramai pengguna. Banyak faktor yang kita perlu ambil kira bagi mengelakkan masalah yang bakal timbul nanti.contohnya kecederaan.oleh itu,cukup untuk kali ini,,,,panjang umur kita jumpa lagi.....ASSALAMUALAIKUM,,,,



sumbangan:






Thursday, 21 March 2013

MOCK-UP # MODEL # PROTOTYPE



Assalamualaikum semua...
bertemu lagi CIKGU FIERA untuk topik minggu ini MOCK-UP,MODEL dan PROTOTYPE...disebabkan cikgu dan kawan-kawan dah diberi tugasan untuk merekabentuk projek cikgu, jadi ketiga-tiga rekabentuk ini perlu kita tahu dahulu perbezaanya.jom kita berkongsi ilmu...........
Mock-up
Dalam pembuatan dan reka bentuk, mock-up, adalah skala atau saiz penuh model reka bentuk atau peranti, yang digunakan untuk pengajaran, demonstrasi, reka bentuk penilaian, promosi, dan tujuan lain.

  • prototaip yang menyediakan sebahagian kurangnya fungsi sistem dan membolehkan ujian reka bentuk.
  • Dibuat untuk test product dan  digunakan oleh pereka terutamanya untuk memperoleh maklum balas daripada pengguna.
  • Merupakan objek yang paling "basic" sekali dan kebiasaannya bewarna seperti  warna yang dikehendaki.


 Boleh dihasilkan daripada kertas @ board dan selalunya digunakan semasa     "brain storming"


ModeL





  • Model adalah satu alat yang boleh digunakan untuk

persembahan pertunjukan,, mengumpul, 

mendapatkan permit, dan tujuan jualan.




  • Model kajian yang kasar boleh dibuat dengan cepat menggunakan kadbod, blok kayu, polistirena, "foam ", "foam boards"dan bahan-bahan lain. Model tersebut adalah satu alat yang berkesan untuk memahami tiga dimensi reka bentuk, yang digunakan oleh arkitek, pereka dalaman dan pereka pameran.



  •  Lebih terperinci daripada moke-up dimana ada butiran dibuat tetapi bukan butiran yang sebenar.



http://en.wikipedia.org/wiki/File:Architectural_model_condo_interior.jpg




Prototype


 Satu jenis, bentuk, atau contoh dari beberapa hal asli yang berfungsi sebagai contoh, asas, lambang, atau standard untuk hal-hal lain daripada kategori yang sama.

  • lebih "advance" daripada Model kerana bentuk nya yang sama dengan objek sebenar.
  • Bahan yang digunakan adalah bahan yang sebenar.




Tujuannya juga boleh digunakan untuk display sahaja.contohnya sushi yang dipamerkan di hadapan kedai tetapi tidak boleh dimakan (yang dipamer shj)...








Itu sahaja dari CIKGU FIERA minggu ini...jumpa lagi...ASSALAMUALAIKUM semua....!!!


Wednesday, 13 March 2013

Pentingnya Ciri-Ciri Ergonomik!!!



Assalammualaikum semua...Seperti biasa CIKGU FIERA nak  berkongsi ilmu yang tak seberapa ni dengan kawan2,,,,kali ni cikgu nak story sikit pasal ciri-ciri Ergonomik yang perlu ada dalam apa jua rekabentuk..ciri-ciri ergonomik ni sangat penting tau..!!








Apa itu Ergonomik??????....
 Berasal daripada perkataan Greek iaitu ergos (kerja) dan nomos (undang-undang semulajadi). Bermaksud, rekaan mesin atau produk yang disesuaikan dengan fizikal manusia. Prinsip-prinsip ergonomik adalah untuk membaiki penggunaan antara pekerja dengan tempat kerja. Contohnya seperti mengelakkan kesakitan pada tubuh badan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi ciri-ciri ergonomik :


1)Posture badan dan pergerakkan.                       (duduk#berdiri#mengangkat#menarik#menolak dan lain2)



2) Faktor persekitaran tempat mereka bekerja.
(bunyi # getaran # pencahayaan#terlalu sejuk#terlalu panas dan lain2 lagi)


cth :  terlalu panas & terlalu sejuk


3)  Penyampaian maklumat dan operasi
(maklumat yang diperolehi penglihatan atau melalui akal, kawalan, hubungan antara paparan dan kawalan.)



contohnya sprt susun atur dalam kereta,.,kedudukannya haruslah ergonomik untuk smua jenis kereta,,kalau kita lihat,setiap jenis kereta mempunyai susunan yang hampir same..kan..supaya kita x keliru bawak kereta yang berbeza,,,





Macam tu juga dengan traffic light,,,satu dunia same konsepnya...MERAH >>berhenti, KUNING>>bersedia dan HIJAU>> jalannnn....





seterusnya kita berkongsi prinsip2 ergonomik....



1) Bekerja pada ketinggian yang betul

2) mengurangkan kuasa berlebihan

3) Bekerja dalam postur yang baik

4) mengurangkan pengulangan berlebihan

5) mengurangkan keletihan

6) meningkatkan organisasi kerja

7) memastikan segala-galanya mudah dicapai.


8) Memberi penjelasan dan akses.


9) mengekalkan persekitaran yang selesa.














 sekian...itu sahaja dari cikgu fiera untuk minggu ini......assalamualaikum...so, ingat,,kalau x nak sakit belakang dan segala sakit2 yang lain..pastikan segalanya ergonomik,,,!!!







Sunday, 10 March 2013

prinsip rekabentuk





Assalamualaikum semua,...Topik CIKGU FIERA hari ini adalah prinsip rekabentuk,,,apa itu rekabentuk???,,,jom kita sama2 belajar...








Sebagai usaha pereka untuk mengekspresikan dirinya dan menghasilkan sesuatu yang bermakna daripada bahan yang digunakan, mereka menyedari bahawa bahawa melalui proses keseimbangan, pergerakan, perspektif, harmoni dan kesatuan terhadap elemen-elemen reka bentuk, satu hasil kerja yang menarik dan bermutu mampu dihasilkan. Proses inilah dikenali sebagai prinsip rekabentuk.


Prinsip reka bentuk adalah konsep untuk menyusun maklumat visual. Ia merupakan satu gambaran tentang bagaimana kita mengamati dan memproses maklumat visual serta merupakan idea bagi menghasilkan imej dua dimensi. Prinsip reka bentuk akan membantu kita membuat keputusan tentang bagaimana untuk menggunakan elemen2 reka bentuk.

**keseimbangan**


 kesamaan dan berpadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan perhatian yang terdapat dalam suatu susunan unsur-unsur seni. Imbangan merujuk kepada pembahagian yang bersebelahan atau berpadanan sama ada di sebelah kiri dan kanan atau atas dan bawah. 





**perspektif**



Gambaran/imiginasi awal dalam bentuk manual/komputer untuk mnjelaskan sesuatu idea,konsep sesuatu rekabentuk sebelum sesuatu benda itu terhasil.







**harmoni**


 Sesuatu rekaan seni visual yang melibatkan susunan atau ulangan unsur-unsur seni visual mengikut cara dan prinsip yang tersusun dan menimbulkan kesan yang menarik. Dalam konteks seni, ulangan garisan, rupa, bentuk, jalinan dan ruang dalam gaya dan arah yang tertentu atau berpandukan garisan grid akan menghasilkan gubahan yang harmoni. Aplikasi prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan gambaran yang sempurna, teratur, seragam dan selesa pandangan mata.


**kesatuan/paduan**

kesemua unsur-unsur di dalamnya mempunyai satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh. Penggunaan unsur seni, tema serta rekaan yang baik dapat mewujudkan kesatuan pada sesuatu gubahan seni visual. Mengaplikasikan prinsip kesatuan dalam karya seni akan menjadikan hasil itu kelihatan lebih lengkap, teratur dan sempurna di mana ia menimbulkan kesan yang sepadu dan memberi impak  dari segi kekuatan karya. 

http://zact73.blogspot.com/2011/11/prinsip-prinsip-reka-bentuk-grafik.html

itu sahaja untuk kali ini,,,akan datang kita berkongsi idea lagi,,,assalamualaikum,,,,

Saturday, 9 March 2013

Lots of Colourrrrrr....!!!





Assalammualaikum semua..hari ni CIKGU FIERA nk teruskan kelas kita dengan topik WARNA...







i love red and pink!!!....hehe,,itu CIKGU FIERA la..tp setiap orang ada warna favourite masing-masing dan  pandangan kita kadangkala berbeza mengenai warna. contohnya kan....x semua orang suka warna merah dan begitu juga sebaliknya bagi warna-warna lain.  pemilihan sesuatu jenis warna itu boleh menunjukkan ciri-ciri seseorang itu...benarkah????....















choose your favourite colourrrrr,,,,,,,love pink!


*warna yang sesuai dipakai setiap hari*


Hari Isnin - merah atau warna2 yang terang (membuatkan kita lebih semangat)

Hari Selasa - kuning (membuatkan kita lebih yakin)

Hari Rabu - coklat atau kelabu (melambangkan kebijakan dan kecerdasan)

Hari Khamis - biru atau ungu (melambangkan hari yang penuh kasih sayang)

Hari Jumaat - putih atau hijau (melambangkan kesucian hati dan ketenangan diri)

Warna-warna asas...

  •  merupakan warna-warna yang paling hebat kuasanya. Ia merupakan warna yang utama dalam pembentukan warna-warna yang lebih pelbagai. Warna asas juga dikenali sebagai warna primer

Ton Warna ----(@





Disebabkan oleh kesan pancaran terang atau gelap sesuatu warna. Ia dihasilkan melalui campuran warna asal dengan putih atau hitam mengikut kadar tertentu. Warna lebih terang jika dicampurkan dengan warna putih. Warna menjadi gelap apabila dicampurkan dengan warna hitam . Ton warna merupakan jenis warna yang berguna untuk mencipta ruang dan bentuk tiga dimensi dalam seni tampak.



Sewarna

 Adalah kesan gubahan satu warna dalam beberapa ton. Ia juga dikenali sebagai warna monokrom . Nilai warna lebih rendah jika dicampurkan dengan lebih warna putih. Nilai warna akan terus meningkat jika dicampurkan dengan warna hitam. antara kelebihan sewarna atau warna monokrom ini ialah:
  • Dapat menimbulkan suasana yang harmoni dan selesa
  • Boleh menimbulkan gambaran ruang dan perspektif
  • Sesuai untuk ciptaan tekstil, hiasan dalaman, ubin, perabot dan sebagainya.









itu sahaja dari cikgu fiera...jumpa lagi...assalamualaikum...